Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Jualan Rahmah Inisiatif Terbaik Bantu Rakyat

By 4 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Ikhmal Rauff Ghazali/Irina Abd Samad

KUALA LUMPUR, 23 Mei (MalaysiaAktif) – Jualan Rahmah peringkat Parlimen Kepong yang diadakan di Dewan Komuniti Jinjang Utara, di sini kelmarin dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat untuk membeli barang keperluan asas pada harga yang jauh lebih murah.

Ketua Komuniti MADANI Jinjang Michael Koid, berkata harga barang keperluan yang ditawarkan sangat berpatutan dan murah dari kedai biasa.

Edaran cenderahati oleh Irina kepada tetamu yang hadir.

“Program ini sememangnya sebuah program yang baik dan pastinya ditunggu-tunggu oleh penduduk sekitar kerana rata-ratanya kurang berkemampuan dan memerlukan inisiatif sebegini untuk berbelanja,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pembeli dari Metro Prima, Wong See Mei, 67, mengucapkan ribuan terima kasih diatas penganjuran program ini memandangkan ia adalah suatu pendekatan yang baik daripada pihak kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang dilihat semakin meningkat.

“Saya ingin berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan barang keperluan asas dengan harga yang jauh lebih murah dan berbaloi,” katanya.

Edaran bahan penerbitan daripada Pejabat Penerangan Daerah Kepong/Batu kepada tetamu yang hadir.

Selain itu, Chong Swee Yoke, 65, daripada Jinjang Utara pula mengesyorkan agar lebih banyak barang keperluan asas yang lain dapat dijual dengan harga yang munasabah agar penduduk setempat dapat manfaat daripadanya.

“Program yang dilaksanakan sangat bagus buat kami yang berpendapatan rendah dan perlu diperluaskan lagi bukan hanya untuk sesuatu produk sahaja tapi melibatkan semua produk terutama produk-produk tempatan,” katanya.

Terdapat juga pengisian yang menarik antaranya taklimat ‘Keselamatan Dalam Talian’ yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Kepong/Batu Irina Abd Samad bagi memberikan kesedaran berkenaan isu scam (penipuan) dan edaran bahan penerbitan serta cenderahati dari pihak Komuniti MAADANI Jinjang kepada penduduk setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda