
Laporan/foto: Hafiz Khairon/Rohani Saad (Kuantan)
KUANTAN, 2 Mei (MalaysiaAktif) – Kios Cempaka Klasik yang didirikan di Pantai Cempaka merupakan hasil inisiatif Sejahtera MADANI (Sejahtera MADANI).

Kios Cempaka Klasik yang menarik dan selesa untuk pengunjung
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cempaka, Kamarisan Zahari, kios ini mampu menjana pendapatan ekonomi penduduk setempat.
“Saya menyeru orang ramai agar dpt memberikan sokongan kepada peniaga-peniaga di sini,” katanya ketika ditemui semalam.
Ujarnya, pelbagai menu akan dijual di kios ini antaranya roti canai, nasi lemak dan banyak lagi.
“Kita juga berhasrat untuk menawarkan kepada peniaga makanan yang tular di media sosial, secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai pengunjung ke mari,” katanya.
-AA-