Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

ANGKASA Galak NGO Tubuh Koperasi

By 2 Mei 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 2 Mei (MalaysiaAktif) – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menggalakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menubuhkan koperasi untuk meningkat ekonomi ahlinya.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, berkata NGO perlu menubuhkan koperasi sebagai platform mengukuhkan ekonomi dan aktiviti.

(Empat dari kanan) Abdul Fattah bergambar bersama tetamu dan penerima sumbangan barangan asas di Kampung Bendahara

“ANGKASA sedia bantu supaya NGO dapat beri lebih manfaat kepada orang ramai.

“Mana-mana NGO yang berperanan dalam sosial dan ekonomi menubuhkan koperasi sebagai platform memperkukuhkan ekonomi,” ujarnya.

Katanya, keuntungan yang diperoleh menerusi aktiviti koperasi akan dipulangkan kepada ahli-ahli dalam bentuk dividen.

“Kita sedia membantu menggalakkan NGO mewujudkan koperasi sebagai usaha memperkukuhkan kewangan pertubuhan tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan bakul makanan kepada golongan B40 di Kampung Bendahara, di sini hari ini.

Seramai 50 orang penerima menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) CoopCare dengan Kerjasama Pertubuhan Wanita Mesra Selayang.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Bendahara, Mohd Yassin Abdul Wahab dan Pengerusi Pertubuhan Wanita Mesra Selayang, Nor Hamizah Husin.

Jelasnya, semua koperasi di Malaysia akan dinaungi oleh ANGKASA sebagai badan induk gerakan koperasi.

Menurut Abdul Fattah, sehingga Disember 2024 sebanyak 16,284 buah koperasi di seluruh negara dengan jumlah keanggotaan seramai 7.2 juta.

-AA-

Tinggalkan komen anda