Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Komunikasi Berkesan Kunci Pembangunan Islam Pulau Pinang – Datuk Dr. Mohamad

By 10 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abd Aziz Osman/Mohd Ridhuan Fadhil

TASEK GELUGOR, 23 Mei (MalaysiaAktif) – Komunikasi yang berkesan menjadi pemacu utama dalam menjayakan agenda pembangunan agama Islam di Pulau Pinang.

Antara Jemaah yang turut sama hadir ke Masjid Permatang Tok Gelam.

Menurut Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Dr. Mohamad Abd Hamid pendekatan komunikasi yang strategik dapat memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap dua instrumen penting iaitu zakat dan wakaf sekali gus menyokong pelaksanaan dasar keagamaan yang lebih menyeluruh.

“Komunikasi yang berkesan dapat meningkatkan kesedaran umat Islam tentang pentingnya zakat dan wakaf, sekali gus menyokong pelaksanaan perancangan agama yang lebih menyeluruh dan berkesan,” jelasnya dalam Majlis Kesyukuran dan Penyampaian Sumbangan kepada masjid-masjid terpilih di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Telok Air Tawar, di Masjid Permatang Tok Gelam, di sini kelmarin.

Antara Jemaah yang turut sama hadir ke Masjid Permatang Tok Gelam.

Dr. Mohamad turut memberi contoh kejayaan Wakaf Siti Aisyah, satu bentuk wakaf bertulis yang menyediakan aliran tunai berterusan kepada agensi wakaf negeri tanpa menjejaskan hak waris.

Kisah kejayaan Wakaf Siti Aisyah sering dikongsi oleh Dr. Mohamad dalam siri jelajah ke seluruh negeri sebagai usaha mendidik masyarakat tentang kelebihan wakaf.

-ZS-

Tinggalkan komen anda