
Laporan/foto: Zaini Morshidi/Sa’adi Pasong (Sarawak)
SIBU, 21 Mei (MalaysiaAktif) – Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) yang telah diperkenalkan pada 2024 telah memberi peluang untuk membantu menjana ekonomi komuniti yang layak menerimanya.

Antara tong ikan yang digunakan untuk penternakan ikan keli.
Menurut Penghulu Rumah Panjang Menai Tada yang juga merupakan ahli Komuniti MADANI Desmond Japar Sungai Naman Binit Sangau, beliau mendapat idea mengusahakan projek ikan keli dalam sangkar selepas menghadiri Program JIWA@Komuniti MADANI anjuran Pejabat Penerangan Daerah Sibu.
Katanya, sebanyak 60 tangki telah diusahakan yang melibatkan penduduk rumah panjang 16 pintu iaitu untuk Fasa 1 (30 tangki) dan 30 tangki lagi untuk Fasa 2.

Turut kelihatan Penghulu Binit (kanan sekali) dan Pegawai Penerangan Daerah Sibu Zaini Morshidi (dua kanan).
“Sejumlah 45 tangki sudah diternak ikan dan 15 tangki untuk simpanan air.
“Sejak projek ini bermula ia telah menjadi sumber pendapatan bagi penduduk rumah panjang ini,” katanya, di sini semalam.
Tambahnya, Rumah Panjang Menai telah menjadi contoh beberapa rumah panjang lain kerana kejayaan projek tersebut.
-ZS-