Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

TASK Bantu Ringankan Beban Rakyat Golongan Miskin

By 12 Mei 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashsyar Abdullah (Kedah)

ALOR SETAR, 12 Mei (MalaysiaAktif) – Sultan Negeri Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Negeri Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan mencemar duli hadir ke Majlis Menjunjung Duli KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah di Dewan Sri Negeri, Wisma Darul Aman disini, semalam.

Turut hadir Raja Muda Kedah bersama Raja Puan Muda Kedah

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Seri Norizan Khazali, dalam ucapannya, sebagai Raja yang berjiwa rakyat, baginda Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah telah perkenan mewujudkan Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) bertujuan bagi membantu meringankan beban rakyat golongan miskin.

Antara ketua-ketua jabatan yang turut hadir ke majlis ini

Datuk Seri Norizan juga turut berkata bahawa Majlis Menjunjung Duli ini menjadi bukti kasih rakyat terutamanya penjawat awam kepada seorang raja yang berjiwa rakyat dan senantiasa meletakkan kebajikan rakyat dan kemajuan negeri diutamakan.

-AA-

Tinggalkan komen anda