
Laporan/foto: Yusoffirman/YamunaMarappan
TEMERLOH, 24 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 120 peserta dari daerah ini menyertai Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Puisi Agama atau Thimurai Othum Vizha kali ke-47 di sini, Sabtu lalu.

Terdapat juga kategori pidato berkaitan puisi keagamaan
Pertandingan yang dianjurkan oleh Malaysia Hindu Sanggam Cawangan Mentakab ini terbahagi kepada kategori individu dan kumpulan.
Ia merupakan aktiviti tahunan yang diadakan dengan tujuan memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang kepentingan menghafal lagu-lagu Thirumurai.
Thirumurai adalah puisi suci yang ditujukan kepada Dewa Shiva yang dinyanyikan semasa sebarang ucapara sembayang bagi memuja tuhan.
Menurut salah seorang ibu kepada peserta Sathiya Maniam, 42, program sebegini dapat memberikan pengajaran tentang keagamaan sejak kecil lagi dan pada masa yang ia juga dapat mengelakkan kanak-kanak daripada terlibat dengan kegiatan yang tidak baik atau tidak bermoral.
-AA-