
Laporan/foto: Haniff Tukija/Mohd Hafiz Mat Nor (Sabak Bernam)
SABAK BERNAM, 2 Jun (MalaysiaAktif) – Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) memperkenal aplikasi W 2-GO untuk membantu pelancong domestik yang datang ke daerah berkenaan.

Pasar Marjina dengan konsep nostalgia mendapat sambutan yang hangat dari pengunjung yang hadir
Yang Dipertua MDSB, Awaluddin Zakaria, berkata aplikasi tersebut adalah usaha MDSB dalam mempromosi tempat menarik untuk pelancong yang datang ke daerah Sabak Bernam.
“Aplikasi ini mampu membantu pelancong domestik membuat pilihan tentang destinasi menarik, makanan tular (viral), produk industri kecil dan sederhana, kebudayaan dan warisan Sabak Bernam,” jelasnya.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Karnival 3S (Santai, Sihat, Sejahtera) Sabak Bernam 2025 dan peluncuran Tahun Melawat Negeri Selangor 2025 Peringkat Daerah Sabak Bernam di sini, kelmarin.

Seramai 150 orang peserta yang menyertai pertandingan mewarna kanak-kanak
Program tersebut merupakan kerjasama KPKT bahagian Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB), Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Tourism Selangor Sdn Bhd (TSB), Pejabat Penyelaras Parlimen, Pejabat Penyelaras DUN dan Penghulu Mukim Sabak.
Program berlangsung dengan jayanya itu turut menampilkan pelbagai pengisian menarik antaranya pameran agensi, pertandingan mewarna kanak-kanak, Pasar Pak Maon, Pasar Marjina.
Turut diadakan sukaneka, pertandingan batik dan songket serta larian nostalgia 60-an pada sebelah malamnya.
Karnival yang berlangsung di Pengkalan Sabak, Jalan Syed Hashim menarik minat seramai 3,000 orang hadir ke karnival bermula 7.30 pagi sehingga 11.30 malam.
-AA-