Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

BISTARI Diperkasa Demi Kesejahteraan Rakyat Melaka

By 16 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Surega Vasuthevan/Facebook Ab Rauf Yusoh

MELAKA, 29 Jun (MalaysiaAktif) – Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat (BISTARI) Negeri Melaka bersidang kali ke-42 bagi tahun 2025 yang telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka merangkap Penasihat BISTARI, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Dewan Seri Bendahara, semalam.

Gimik Perasmian Mesyuarat Agung BISTARI Kali Ke-42 bagi tahun 2025

“Saya sebagai Penasihat BISTARI menzahirkan setinggi penghargaan kepada seluruh barisan ahli jawatankuasa atas inisiatif berterusan yang memberi manfaat kepada rakyat Melaka, khususnya dalam memperkasa peranan wanita serta memperkukuh kesejahteraan komuniti, sejajar dengan aspirasi pembangunan inklusif yang memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat negeri Melaka.

Ketua Menteri Menteri Melaka merangkap Penasihat BISTARI Melaka ketika penyampaian ucapan perasmian

“Mesyuarat Agung ini menjadi medan melahirkan idea-idea baharu serta tindakan berimpak tinggi yang dapat diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat agar setiap perancangan dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dalam memastikan pendekatan rakyat-centric menjadi teras utama dalam setiap program yang dirangka supaya tiada golongan yang tercicir.

“Kerajaan Negeri Melaka akan terus memberi sokongan terhadap BISTARI untuk melangkah maju ke hadapan bukan sahaja sebagai sebuah badan kebajikan, malah sebagai institusi wanita yang memainkan peranan signifikan dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat negeri Melaka secara menyeluruh,” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda