Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Duan Wu Satukan Komuniti Menerusi Program MADANI

By 31 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Florence Sebastian Unting (Sarawak)

SARATOK, 26 Jun (MalaysiaAktif) – Semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya diraikan dalam suasana penuh harmoni menerusi Program JIWA@Komuniti MADANI, sempena sambutan Perayaan Duan Wu yang berlangsung di Victoria Inn, Saratok, semalam.

Program anjuran Jabatan Penerangan Daerah Saratok dengan kerjasama Komuniti MADANI Harmoni ini menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum untuk bersama-sama meraikan warisan budaya, selain memperkukuh jalinan komuniti setempat.

Majlis dirasmikan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Pele Peter Tinggom, yang menyifatkan sambutan ini sebagai wadah penting dalam merapatkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan latar belakang budaya.

Pele merasmikan Perayaan Duan Wu sambil menekankan kepentingan semangat kebersamaan dan peranan program komuniti dalam memperkukuh perpaduan.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa nilai-nilai murni yang dipupuk melalui sambutan seperti ini sejajar dengan prinsip Komuniti MADANI, yang mengangkat perpaduan melalui pendekatan akar umbi dan kehidupan harmoni dalam kepelbagaian.

“Perayaan Duan Wu membawa simbolik mendalam terhadap penghargaan kepada tradisi, semangat kebersamaan dan ikatan komuniti. Dalam semangat yang sama, Komuniti MADANI terus mengukuhkan perpaduan, saling hormat-menghormati dan peranan aktif rakyat dalam menjayakan aspirasi negara demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Pele bergambar kenangan bersama Komuniti MADANI Harmoni sempena Program JIWA@Komuniti MADANI bersempena Perayaan Duan Wu di Victoria Inn, Saratok, semalam.

Tambah beliau, pendekatan berasaskan komuniti yang diterapkan melalui Program JIWA@Komuniti MADANI membolehkan penyampaian dasar dan inisiatif kerajaan dilaksanakan secara lebih langsung, telus dan berkesan kepada rakyat. Program ini juga menjadi jambatan komunikasi dua hala antara kerajaan dan masyarakat.

Sebagai simbolik perasmian, Senator Pele menyempurnakan acara membungkus Bak Chang, kuih tradisional masyarakat Tionghoa yang sinonim dengan Perayaan Duan Wu. Simbolik ini mencerminkan penyatuan pelbagai elemen masyarakat, sebagaimana ramuan pelbagai dibungkus dalam daun buluh menjadi satu hidangan yang menggambarkan keharmonian dan kekuatan dalam kepelbagaian budaya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda