Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Ilmu dan Kerjaya Pelajar Diperkukuh Menerusi Program JIWA@Komuniti MADANI

By 15 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Nashran (Kampar)

KAMPAR, 25 Jun (MalaysiaAktif) – Program JIWA@Komuniti MADANI Bandar Baru Kampar yang berlangsung di Kolej Teknikal Sri Ayu Kampar, di sini semalam berjaya menarik penyertaan pelajar dan komuniti setempat menerusi pengisian ilmiah berkaitan isu semasa dan pendedahan awal mengenai dunia kerjaya.

Menurut Penyelaras Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Hal Ehwal Pelajar Kolej Teknikal Sri Ayu Kampar Mohamed Yusri Abdul Razak, program seumpama ini sangat bertepatan dengan keperluan pelajar TVET yang bukan sahaja memerlukan kemahiran teknikal, malah celik isu semasa dan pasaran pekerjaan.

Pegawai Perhubungan Industri PERKESO Perak Farah Jasmin Mohd Zainuri.

“Program seperti JIWA@Komuniti MADANI ini penting untuk membina pelajar yang bersedia dari segi ilmu dan sikap, terutamanya dalam menghadapi realiti dunia kerja hari ini.

“Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan agar lebih ramai pelajar dan komuniti mendapat manfaat, seterusnya melahirkan masyarakat yang berinformasi, berhati-hati dan berdaya saing,” katanya.

Sesi Taklimat Naratif Semasa Kerajaan oleh Pegawai Penerangan Daerah Kampar Roziah Ishak turut menyentuh isu penstrukturan semula tarif elektrik serta beberapa inisiatif terkini kerajaan.

Beliau turut memberi peringatan mengenai peningkatan kes penipuan pekerjaan dalam talian yang kini menjadi ancaman serius kepada golongan belia.

“Ramai anak muda terpedaya dengan tawaran kerja yang kelihatan meyakinkan tetapi sebenarnya dikendalikan oleh sindiket. Mereka dijanjikan gaji lumayan dan proses mudah tanpa perlu melalui saringan yang sah,” ujarnya.

Turut diadakan taklimat MyFutureJobs oleh wakil Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Perak yang memberi fokus kepada kebolehpasaran pekerjaan dan persediaan menghadapi alam kerjaya, termasuk pengenalan kepada Portal Labour Market Exchange (LMX) serta amaran terhadap sindiket kerja palsu dalam talian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda