Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

JIM Labuan Tahan 15 Orang Warga Asing

By 12 Jun 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/JIM Labuan

LABUAN, 12 Jun (MalaysiaAktif) – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Labuan menahan 15 individu dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan semalam di beberapa penempatan dan kediaman yang dipercayai didiami oleh warga asing di sekitar Labuan.

Penempatan warga asing diserbu JIM sekitar pukul 1.00 pagi

Menurut Pengarah JIM Labuan, Raymond Entalai Operasi itu diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) JIM Labuan Mohd Shufandy Mohd Hashim dengan dibantu sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasa.

“Hasil pemeriksaan seramai 15 orang warganegara asing melibatkan tiga orang lelaki, enam orang perempuan, empat orang kanak-kanak lelaki dan dua orang kanak-kanak perempuan warganegara Filipina telah ditahan kerana masing-masing disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Antara kediaman disyaki diduduki warga asing yang digempur JIM Labuan.

“Kesemua yang ditahan berumur di antara satu tahun hingga 77 tahun ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan dan Depot Imigresen Labuan untuk siasatan dan tindakan susulan jabatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, JIM akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Passport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) termasuk terhadap mana-mana pihak yang menggaji serta melindungi PATI.

-ZS-

Tinggalkan komen anda