Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Kastam Johor Rampas Dadah Hampir RM1 Juta Disorok Dalam Parcel

By 35 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azza Azmi/Mohd Zahid Othman (Johor)

JOHOR BAHRU, 12 Jun (MalaysiaAktif) – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya mematahkan satu sindiket pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan kurier dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM955,687 dalam satu operasi di sekitar Johor Bahru, 23 April lalu.

Pengarah Kastam Negeri Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata rampasan dadah berjumlah RM955,687 merupakan jumlah rampasan terbesar oleh Kastam Johor pada tahun ini.

Pengarah Kastam Negeri Johor Aminul Izmeer Mohd Sohaimi dalam kenyataan hari ini, berkata serbuan dijalankan oleh sepasukan pegawai dari Cawangan Narkotik, hasil risikan terhadap dua bungkusan mencurigakan di sebuah pejabat Poslaju.

“Hasil pemeriksaan menemui dua botol berisi cecair hitam yang disorok dalam pembungkus gula-gula. Ujian saringan awal mengesahkan kandungan cecair itu positif dadah jenis Morpin seberat 10.194 kilogram.

“Ini kes pertama pada tahun ini yang melibatkan dadah jenis Morpin dengan kuantiti terbesar,” katanya.

Anggaran berat dadah yang disita adalah 10.194 kilogram dengan nilai RM955,687.

Tambah Aminul Izmeer, modus operandi sindiket adalah menyembunyikan dadah dalam parcel kurier untuk mengaburi pihak berkuasa dan mengedarkannya secara meluas.

“Usaha mengesan sindiket dan pemilik parcel sedang giat dilakukan. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan,” katanya

Beliau juga menyeru orang ramai agar terus bekerjasama membanteras jenayah penyeludupan termasuk dadah, rokok, mercun dan barangan terlarang lain demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda