Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kelab Malaysiaku Didik Generasi Celik Digital dan Berjati Diri

By 27 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aidil Azhar/Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 27 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai lebih 80 pelajar menyertai Program Jiwa MADANI @ Kelab Malaysiaku yang berlangsung di Dewan Makan Asrama, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubuk Buntar, di sini semalam.

Latihan dalam kumpulan memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetengahkan kebolehan masing-masing.

Penolong Kanan Kokurikulum Syuhada Abd Rani, menyambut baik penganjuran program tersebut.

“Program ini sangat memberi manfaat kepada semua pelajar dan masyarakat. Ia mendidik pelajar agar menggunakan media sosial secara betul dan mengelak daripada menjadi mangsa penipuan atau scammer,” katanya.

Program njuran Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu ini bertujuan memupuk semangat cintakan negara, memperkasa jati diri pelajar serta menyampaikan mesej kepenggunaan media sosial secara selamat dan berhemah, selari dengan aspirasi Komuniti MADANI.

Program ini diharap dapat menyemai semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda dan membentuk pelajar yang celik maklumat, beretika serta berjiwa MADANI.

Bergambar kenangan semua peserta Program Jiwa Madani @ Kelab Malaysiaku SMK Lubuk Buntar, guru-guru dan tenaga pengajar.

Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku Nor Zulliana Karia, 31, berpesan agar semua pelajar menggunakan media sosial dengan cara yang sihat dan bertanggungjawab.

“Elakkan membuat perkara tidak senonoh atau menyebarkan kandungan negatif yang boleh merosakkan masa depan, terutama jika tular di media sosial,” jelasnya.

Pelajar Tingkatan Empat Mohd Syahmi Rahmat, 16, melahirkan rasa gembira dan teruja menyertai program ini.

“Kami dibahagikan kepada kumpulan untuk sesi gerak kerja. Aktiviti ini menggalakkan kami berfikir secara kritis, belajar berkomunikasi dan memahami peranan kami sebagai warganegara yang bertanggungjawab,” katanya.

-FN-

Tinggalkan komen anda