Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

LuMIC Bakal Jadikan Perak Hab Ekonomi Baharu Serantau

By 17 Jun 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto : Sarah Nur Saad (Perak)/Jabatan Penerangan

IPOH, 17 Jun (MalaysiaAktif) – Lumut Bandar Industri Maritim (LuMIC) dijangka bakal menjadikan Perak sebagai hab ekonomi baharu serantau hasil kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Port of Antwep-Bruges.

(Dari kiri) Saarani, Anwar dan Dr. Zambry.

Menurut Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, LuMIC telah digerakkan dengan unjuran pelaburan bernilai RM72 billion bagi tempoh 25 tahun.

“Beberapa kompenan penting LuMIC berada di sekitar Kawasan ini, termasuk terminal maritim, Kawasan industry, terminal pelbagai guna dan inisiatif pemanfaatan emula kapal hijau dan menjalar jauh sehingga ke Bagan Datok,” ujarnya ketika berucap di Program MADANI Rakyat 2025 Perak (PMR 2025 Perak) di Lumut Waterfront, Lumut di sini, kelmarin.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah merasmikan PMR 2025 Perak dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda