
Pelapor/foto: Marshita Othman (Kerian)
PARIT BUNTAR, 1 Jun (MalaysiaAktif) – Pameran kraf telah dilaksanakan di Pasar Raya Mydin Parit Buntar di sini bagi menghimpunkan pelbagai hasil seni tangan dan produk buatan tempatan yang unik, kreatif dan penuh nilai seni warisan.

Baju Batik yang dibawakan dari Negeri Kelantan.
Antara barangan yang dipamerkan ialah pembuatan perabot kayu, barangan rotan, perhiasan mutiara, baju batik serta pembuatan beg.
Menurut Pengurus Mydin Cawangan Muhammad Nazri Abdul Latif, ruangan pameran ini bukan sekadar tempat untuk jual beli, tetapi satu platform penting bagi memartabatkan budaya, menyokong usahawan kecil dan memperkenalkan hasil kraf tempatan kepada orang ramai.

Perhiasan mutiara dari Sabah.
“Ramai yang tidak tahu bahawa kita ada begitu banyak seni buatan tangan yang halus dan bernilai tinggi.
“Diharapkan pendekatan ini dapat membantu usahawan kecil dan artisan bagi mewujudkan satu platform untuk mereka menjual produk terus kepada pelanggan tanpa orang tengah,” ujarnya ketika ditemui, kelmarin.
-ZS-