Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pelihara Sejarah dan Warisan Negeri – Sultan Kedah

By 12 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashsyar Abdullah (Kedah)

ALOR SETAR, 22 Jun (MalaysiaAktif) – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah agar semua pihak memelihara sejarah dan warisan negeri Kedah.

Suasana sempena Istiadat Menyembah Tahniah Dan Penganugerahan Darjah- Darjah Serta Bintang-Bintang Kebesaran di Istana Anak Bukit, semalam.

“Beta menyeru semua pihak berganding bahu memelihara sejarah dan warisan negeri agar Kedah terus dikenang bukan sahaja sebagai negeri tertua tetapi negeri paling arif menjaga asal usulnya.

“Beta menegaskan bahawa pemerkasaan pentadbiran awam merupakan tonggak utama dalam memastikan kemajuan dan kesejahteraan negeri Kedah dicapai dan beta berharap agar semua penjawat awam sentiasa memperkukuhkan jati dan komited dalam tugas demi kemakmuran bersama,” titah baginda.

Suasana sempena Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah- Darjah Serta Bintang-Bintang Kebesaran di Istana Anak Bukit, semalam.

Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, bertitah demikian dalam Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah Serta Bintang-Bintang Kebesaran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, di sini semalam,

Baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada penerima-penerima Darjah dan Bintang Kebesaran.

Kesultanan Kedah adalah negeri tertua dalam sejarah Tanah Melayu sejak dahulu, memainkan peranan penting dalam pembangunan tamadun negara dengan menegakkan pemerintahan berlandaskan nilai dan adab.

-ZS-

Tinggalkan komen anda