Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Pemimpin Masyarakat Jambatan Penghubung Rakyat dan Kerajaan

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Latifah Salleh/Saiful Anuar Suib (Tangkak)

TANGKAK, 12 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 70 orang Ketua Kampung dan 17 orang Ketua Masyarakat Cina Daerah Tangkak menerima watikah pelantikan bagi penggal 2025 hingga 2027 dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Putra Padang Lerek, di sini semalam.

Pegawai Daerah Tangkak Ts. Mohd Johari Tarmidi, berkata pelantikan ini merupakan satu tanggungjawab besar yang menuntut keikhlasan, integriti serta komitmen tinggi demi kesejahteraan dan kemajuan komuniti setempat.

Upacara menandatangani Ikrar dan Aku Janji Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat Cina disempurnakan oleh Pegawai Daerah Tangkak.

“Sebagai Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat, tuan-tuan dan puan-puan adalah jambatan penghubung antara rakyat dan kerajaan,” katanya ketika merasmikan Majlis Watikah Pelantikan Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat Cina Penggal 2025–2027 Daerah Tangkak.

Ts. Mohd Johari turut menyeru para pemimpin yang dilantik agar memainkan peranan aktif dalam menyampaikan maklumat yang tepat, memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum serta memastikan pelaksanaan pembangunan kampung berjalan lancar dan adil.

“Pihak pentadbiran daerah sentiasa komited untuk bekerjasama rapat dengan pemimpin akar umbi dalam merealisasikan aspirasi pembangunan komuniti dan negara secara inklusif,” katanya.

Turut hadir Pentadbir Tanah Daerah Tangkak Abdul Rahman Ismail, Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Roslan Mohd Talib dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak Ee Chin Lee.

-ZS-

Tinggalkan komen anda