
Laporan/foto: Rose Ryqal (Klang)
KLANG, 12 Jun (MalaysiaAktif) – Penduduk Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, di sini telah mengemukakan bantahan terhadap cadangan pembinaan projek memorial empat tingkat berhampiran masjid kampung tersbut.

ADUN Pelabuhan Klang bersama penduduk Kampung Raja Uda yang hadir ke Majlis Bandaraya Diraja Klang untuk menghantar Memorandum membantah pembinaan Bangunan Memoir di Kampung Raja Uda.
“Penduduk Kampung Raja Uda sangat tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan bangunan memorial tersebut kerana ia memberi banyak implikasi negatif kepada kawasan tersebut,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zamanhuri.
Katanya lagi, antara kesan buruk yang dikenal pasti, nilai hartanah kawasan tersebut akan menjunam teruk, kesesakan trafik di laluan utama Persiaran Raja Muda Musa, risiko keretakan rumah akibat kerja cerucuk seterunya menganggu ketenteraman awam.
Semalam, Azmizam bersama-sama penduduk telah menyerahkan dokumen bantahan Pembinaan Bangunan Memorial di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang kepada Timbalan Datuk Bandar Mohd Zary Affendi Mohd Arif di Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Ketua Kampung Raja Uda Zainal Abidin ketika ditemu bual pihak media.
Pada 6 Jun lalu Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), melaporkan penduduk kampung tersebut mempertimbangkan untuk
mempersembahkan memorandum bantahan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pembinaan kompleks penyimpanan abu mayat setinggi empat tingkat bersebelahan masjid di kampung itu.
-ZS-