Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

25 KRT DUN Paya Rumput Terima Sumbangan RM12,500

By 55 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

PAYA RUMPUT, 28 Jul (MalaysiaAktif) Sebanyak 25 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menerima sumbangan berjumlah RM12,500 sempena Majlis Pecah Tanah Dewan Terbuka Taman Krubong Perdana di Taman Krubong Perdana, semalam.

Sumbangan hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin itu disalurkan kepada wakil KRT bagi membantu menggerakkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di kawasan masing-masing.

Timbalan Pengerusi (KRT) Taman Krubong Heights Fasa 1, Zulkiflee Omar berkata sumbangan tersebut amat bermakna dan akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjayakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Bantuan itu membuktikan keprihatinan kerajaan negeri Melaka yang sentiasa menghargai peranan KRT sebagai rakan strategik dalam memupuk semangat perpaduan serta mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat.

“KRT Taman Krubong Heights Fasa 1 akan terus komited merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang mampu mengukuhkan perpaduan, meningkatkan semangat kejiranan serta mewujudkan komuniti yang lebih harmoni dan sejahtera,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda