
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa
SEREMBAN, 15 Jan (Malaysiaaktif) – Anakanda Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin ibni Tuanku Muhriz, mangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Kuala Lumpur tepat 11.55 pagi tadi.
Ini diumumkan oleh dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mat Ali Hasan tengah hari tadi.
Almarhum Tunku Alif Hussein, 32 merupakan adinda bongsu kepada Tunku Ali Redhauddin dan Tunku al-‘Abidin.
Jenazah Almarhum dibawa ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk urusan pemakaman yang akan diadakan secara tertutup melibatkan hanya kerabat terdekat di makam diraja pada pukul 6 petang ini.