Skip to main content
EkonomiHomeViral

GST Tak Naik, Kerajaan Kekal Pertumbuhan Ekonomi – Najib

By 15 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

PUTRAJAYA, 15 Jan — Kenaikan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan berlaku kerana kerajaan sedang mengambil langkah untuk mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi berikutan penurunan harga minyak, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak diambil kira kerana kerajaan menganggap rakyat tidak dapat menanggung sebarang kenaikkan kerana ia akan menambah beban mereka.

“Kami tidak melihat untuk menaikkan GST. Saya tidak fikir rakyat boleh terima tanggung kenaikan GST.

“Ia tidak ada dalam perancangan,” katanya pada sidang media pada Jumaat.

Najib yang juga Menteri Kewangan ditanya sama ada kerajaan akan mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar GST bagi mengekalkan pendapatan negara jika harga minyak merudum.

Terdahulu beliau mengadakan pertemuan dengan peneraju industri, pakar ekonomi dan penganalisa bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas sebelum mengubahsuai Bajet 2016.

Najib akan membentangkan pengubahsuaian belanjawan negara itu pada 28 Januari.

 

Tinggalkan komen anda