Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Ampang Juara Futsal Anak Muda Selangor Piala Perdana Menteri

By 7 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 6 Feb (Malaysiaaktif) — Pasukan Futsal Ampang muncul juara Kejohanan Futsal Anak Muda Selangor Piala Perdana Menteri. Mereka mengalahkan pasukan Kuala Selangor menerusi tendangan penalti 3-2 setelah terikat tanpa jaringan di KSL Sport Sri Gombak petang semalam.

Pasukan Futsal Ampang membawa pulang wang tunai RM10,000 dan piala pusingan, sementara naib juara, pasukan Futsal Kuala Selangor membawa pulang wang tunai RM5,000.

Kejohanan anjuran Majlis Belia Selangor (MBS) yang bermula pada 9.00 pagi itu disertai sebanyak 66 pasukan dari 22 kawasan parlimen di Selangor.

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Tinggalkan komen anda