Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri SembilanViral

Tengah Hari: Gemas Pula Dilanda Banjir Selain Ledang

By 7 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

MUAR, 7 Feb — Daerah Gemas di Segamat pula dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan banjir dibuka hari ini, selepas daerah Ledang dilanda bencana alam itu susulan hujan lebat semalam.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat, sebanyak 20 orang daripada lima keluarga kini ditempatkan di Balai Raya Kampung Awat, Gemas.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Ledang Mohd Shahrizan Abd Aziz berkata keadaan banjir di daerah itu semakin surut dengan 59 mangsa masih berada di Sekolah Kebangsaan Sialang tengah hari ini berbanding 69 orang pagi tadi.

Kesemua mereka dari Kampung Seberang Gajah, Kampung Sialang Dalam dan Kampung Tanjong Laboh, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

“Semua mangsa berada dalam keadaan selamat dan sihat, cuma seorang mangsa warga emas dirujuk ke Hospital Tangkak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan kerana mempunyai rekod sakit jantung namun beliau berada dalam keadaan sihat,” katanya.

Mohd Shahrizan berkata semua agensi yang terlibat masih memantau keadaan memandangkan keadaan cuaca ketika ini mendung.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda