
JOHOR Bahru, 19 Mei (Malaysiaaktif) — Seorang kanak-kanak lelaki lemas apabila terjatuh ke dalam longkang ketika bermain bersama rakan-rakannya di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru pada Selasa.
Mangsa yang berumur 11 tahun itu ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira pukul 6.30 petang tadi, lebih tiga kilometer dari tempat dia tergelincir dan dihanyut arus deras.