
Laporan/foto: Hafizah Rahim/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)
BESUT, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 tiba di sempadan Kelantan-Terengganu di Kampung Pachakan, di sini semalam.
Ketua Konvoi Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Kelantan Muhd Nor Aswadi Md Nor menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Konvoi JaPen Negeri Terengganu Sait Yaman yang turut menyambut ketibaan konvoi KMJG 2023 dari Kelantan di Pintu Gerbang Kampung Pachakan.
Sait Yaman ketika berucap, berkata Terengganu merupakan negeri keenam bagi siri KMJG 2023.
“Sebanyak sembilan buah kenderaan daripada pelbagai jabatan menyertai KMJG tahun ini yang turut diiringi oleh 11 unit motosikal berkuasa tinggi daripada Kelab BMW K16 Malaysia,” katanya.
Konvoi yang disertai kira-kira 50 peserta kemudian bergerak mengelilingi daerah Besut sebelum tamat di Pejabat Penerangan Daerah Besut, Kampung Raja.
-ZS-