Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Golongan Remaja Sambut Baik Usaha Kerajaan Banteras Buli Siber

By 19 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Golongan belia di daerah ini menyambut baik usaha kerajaan bagi mengatasi buli siber yang sedang hangat diperkatakan hari ini.

Menurut Dhaarshini Selvem, 18, ramai golongan remaja tidak mengambil berat mengenai isu-isu semasa, khususnya isu buli siber ini.

Ahli panel SKMM sedang mengupas isu buli siber.

“Ramai golongan remaja hari ini tidak mengambil serius tentang perkara ini dan diharapkan kita semua berhati-hati semasa menggunakan aplikasi media sosial,” ujarnya ketika ditemui di program Taklimat Isu Semasa: Bahaya Ancaman Buli Siber dan Jenayah Seksual anjuran Jabatan Penerangan Negeri Pahang, di sini kelmarin.

Bagi rakannya Chan Ming Yun, 18, pula berpendapat dengan adanya taklimat seperti ini ianya dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang apa tindakan yang perlu dibuat apabila kedua-dua jenayah ini berlaku kepada seseorang.

“Sekiranya kita menjadi mangsa buli siber, kita tahu tindakan itu tidak baik dan kita juga tahu mengenai undang-undang dan segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya menjadi mangsa buli begitu juga jenayah seksual,” ujarnya.

Salah seorang pelajar bertanyakan soalan.

Seorang lagi pelajar yang ditemui Mohamad Khairol Syazuan Hairol Azri, 18, berharap pihak kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab dapat berkerjasama dengan lebih banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk melaksanakan pelbagai program sebagai langkah pencegahan agar kedua-dua jenayah era globalisasi ini dapat dibendung.

Semasa taklimat isu, topik mengenai Jenayah Seksual telah diulas oleh ASP Nooradibah Tajul Arif dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang manakala topik Bahaya Ancaman Buli Siber oleh diulas oleh Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM) Negeri Pahang Haznita Mohamad Lazim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda