Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

11,724 Orang Warga Labuan Menghidap Diabetis

By 19 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Haziq Ruslain (Labuan)

LABUAN, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 11,724 orang atau 17 peratus warga pulau itu didapati menghidapi diabetis.

Menurut Ahli Dewan Negara Tan Sri Anifah Aman, laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi tahun lalu (NHMS, 2023) menunjukkan data itu lebih tinggi daripada data kebangsaan.

Pemenang Pertandingan Lagu Aksi menerima hadiah kemenangan daripada Simsudin.

“1 daripada 6 atau 15.6 peratus orang dewasa menghidap diabetis manakala Labuan tahun 2023, pesakit diabetis adalah seramai 11,724 orang atau 17 peratus, lebih tinggi dari data kebangsaan.

“1 daripada 3 atau 29.2 peratus orang dewasa mengalami tekanan darah tinggi dan seramai 17,094 orang atau 25.3 peratus warga Labuan dikesan menghidap darah tinggi pada 2023,” katanya semasa merasmikan Karnival Labuan Sihat sempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) peringkat Labuan 2024 di sini semalam.

Jelasnya, situasi semasa kesihatan terutamanya penyakit tidak berjangkit atau ‘Non-Communicable Disease’ (NCD) di negara ini berada dalam keadaan membimbangkan dengan beban kewangan yang tinggi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam rawatan pesakit.

Pelbagai pameran kesihatan turut menanti pengunjung Karnival Labuan Sihat.

“Oleh itu, Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) ini merupakan satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), untuk merealisasikan hasrat kerajaan ke arah melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat dengan pendekatan ‘whole of nation’ iaitu jalinan kerjasama di antara rakan strategik ANMS dari pelbagai agensi kerajaan lain, swasta, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan komuniti.

“Semasa sambutan BMSS, fokus promosi pembudayaan hidup sihat adalah pemakanan sihat dan selamat, hidup aktif, memupuk minda sihat, tidak merokok dan kebersihan persekitaran,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr. Francis Paul dan Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan (Kesihatan Awam) Dr. Mohd Zaki Ab Hamid.

-ZS-

Tinggalkan komen anda