
Oleh M. Shaharudin Suratman
KUALA PILAH, 20 Apr (Malaysiaaktif) – Sejumlah 11 jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan bergabung dalam menjayakan gotong-royong My Beautiful Malaysia di Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah semalam.
Gotong-royong yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Kuala Pilah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah ini menyasarkan pembersihan kawasan pejabat penerangan dan kuaters kediaman polis Kuala Pilah.
Antara jabatan yang terlibat, termasuk Majlis Daerah Kuala Pilah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, RELA , Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) , Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Pengairan dan Saliran , Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar dan Komuniti 1Malaysia Daerah Kuala Pilah.
Majlis penutup program ini disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supt. Luqman Abd. Rahman .