
Oleh Mohd Faizul Effendy Abd Rahman
KUANTAN, 21 Apr (Malaysiaaktif) – Bangunan Wisma Audit Negeri Pahang dirasmikan hari ini oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Bangunan Wisma Audit Negeri Pahang yang terletak di Bandar Indera Mahkota mula dibina pada 2011 dengan kos RM19.5 juta
Menurut Pengarah Audit Pahang, Rezoi Abdullah, seperti negeri-negeri lain Pahang juga memerlukan bangunan Jabatan Audit tersendiri untuk mengatasai masalah terpaksa berpindah randah dari semasa ke semasa. Dalam pada itu beliau berkata pertambanhan bilangan anggota memerlukan ruang yang lebih luas.
Wisma Audit Negeri Pahang yang berkonsepkan seni bina Islam ini terdiri daripada satu blok bangunan pejabat dua tingkat berkeluasan 4.409.2 meter persegi yg menempatkan 65 orang pegawai dan kakitangan.
Bangunan baharu ini dibina di atas tanah berkeluasan 3.0 ekar menerusi perancangan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9).
Turut hadir dalam majlis ini, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.