Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pengiktirafan untuk Warga APM Penting dalam Mempertahankan Keselamatan Masyarakat

By 29 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini Aziz/Ahmad Syafri Husnaini

KUALA TERENGGANU, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Semua pihak perlu menyedari bahawa pentingnya pengiktirafan terhadap sumbangan warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam menjaga keselamatan masyarakat.

Salah seorang penerima menerima Sijil Perkhidmatan Angkatan Pertahanan Awam.

Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed, berkata kejayaan APM turut bergantung kepada kerjasama dan dedikasi seluruh anggotanya.

“Sebanyak 157 penerima telah diiktiraf dengan Pingat, Reben Perkhidmatan dan Sijil, sementara empat individu menerima Watikah Pelantikan Pegawai Kehormatan.

“Penerima-penerima ini dipilih berdasarkan kriteria kecemerlangan dalam perkhidmatan, keberanian, dan sumbangan kepada masyarakat,” katanya.

Aminurrahim berkata demikian di Majlis Penyerahan Watikah Pegawai Kehormatan dan Penganugerahan Pingat, Reben Perkhidmatan serta Sijil APM di Dewan Kenanga Terengganu Equestrian Resort, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut Aminurrahim juga menyeru agar semua anggota APM terus berbakti kepada masyarakat dan memanfaatkan media sosial untuk mempromosikan aktiviti APM.

Sebahagian anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu yang turut hadir.

“Majlis ini diharapkan dapat mengukuhkan semangat kesatuan dan mempertingkat komitmen warga APM dalam menjalankan tugas,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda