Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSukan

Penembusan Terowong ECRL Gombak Sebulan Lebih Awal

By 29 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 29 Okt (MalaysiaAktif) – Terowong Gombak sepanjang 959 meter bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai kejayaan penembusan sebulan lebih awal daripada jadual.

Terowong ini mempunyai purata ketinggian 12 meter dan 13 meter lebar sekali gus menyediakan ruang untuk landasan berkembar tolok standard apabila siap kelak.

Amirudin dan Shamsul Azri bersama tetamu lain bergambar di hadapan Terowong Gombak.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berkata ECRL adalah satu projek nasional yang bakal membentuk tulang belakang pengangkutan bagi menghubungkan kawasan Lembah Klang dan bandar-bandar utama di Pantai Timur.

“Sistem pengangkutan awam ini akan dapat meningkatkan akses dan kesaling hubungan serta membuka peluang pekerjaan.

“Kerajaan negeri komited untuk memudah cara projek ini yang meliputi aspek-aspek tanah dan syarat pembangunan yang tidak memberi kesan buruk terhadap penduduk setempat,” katanya.

Amirudin berkata demikian semasa berucap di Majlis PenembusanTerowong ECRL Gombak di Batu 12, di sini hari ini.

Turut hadir Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing dan Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Amirudin, Shamsul dan tetamu khas bergambar di dalam terowong ECRL ke-36 di Gombak.

Projek ECRL sepanjang 665 kilometer ini akan merentasi negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan dengan Selangor di Pantai Barat.

ECRL akan mengurangkan masa perjalanan dan dijangka dapat menghubungkan Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dalam masa empat jam berbanding tujuh jam melalui pengangkutan jalan raya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda