
Oleh Krisha Selladurai (Pontian)
PONTIAN, 9 Mei (Malaysiaaktif) — Ribut yang tiba-tiba melanda telah menyebabkan beberapa buah khemah peniaga di tapak Karnival Bersamamu Usahawan Johor di sini musnah dan rosak pada petang Jumaat lepas.
Selain memusnahkan khemah gerai, ribut turut menyebabkan bekalan elektrik terputus.
Menurut beberapa orang yang berada di lokasi ketika itu, pada mulanya berlaku hujan panas seketika, tetapi kemudian disusuli petir dan guruh, sebelum ribut kuat melanda.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.
Karnival yang dijadualkan berlangsung dari 3 Mei hingga 15 Mei itu diteruskan selepas ribut reda.