Oleh Emran Ismail
RAUB, 9 Mei (Malaysiaaktif) — Masjid Komuniti 1Malaysia (K1M) Felda Krau 1 di sini pada Jumaat lepas meraikan peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk bertemu Allah swt.
Kemuncak majlis yang turut berlangsung sempena 30 tahun pewujudan Felda Krau 1 ini ialah Ceramah Perdana yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Pembangunan Islam Felda, Ustaz Thohir Long.
Selari dengan pengisian tentang pengalaman Rasullulah s.a.w, Ustaz Thohir juga menjejaki kembali sepanjang zaman getir dan mencabar yang dilalui peneroka Felda Krau 1 hingga menyerlah sebagai model kejayaan masakini.
Sementara itu, Pengerusi K1M Felda Krau 1, Zakaria Saparun, berkata majlis tahunan yang dihadiri lebih 200 orang ini antara usaha memupuk inisiatif untuk mengimarahkan masjid dengan menggerakkan minat anak muda dan masyarakat Felda setempat.