
Oleh Emran Ismail
RAUB,13 Mei (Malaysiaaktif) – Setelah 15 tahun seramai 70 pemohon tanah di sini akhirnya mendapat notis kelulusan daripada pihak berwajib.
Mereka menerima Notis 5A yang menandakan kelulusan permohonan daripada Exco kerajaan Negeri Pahang, Datuk seri Shahiruddin Ab. Moin di sini semalam.
Tanah berkenaan ialah di kawasan Batu talam, Dong dan Tras.
Notis 5A adalah surat kelulusan dari kerajaan Pahang melalui Pejabat Tanah dan Daerah Raub kepada pemohon yang layak menerima setelah dipertimbang dari beberapa sudut. Ia mengandungi syarat milik sama ada tanah pertanian atau tanah lot kediaman dengan syarat pemilik ini membayar premium dikenakan mengikut keluasan ukuran bermula dari 0.200 hingga tiga ekar.