Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Susulan Kejadian Lubang Benam, Kos Baik Pulih Meningkat

By 13 Mei 2016Mei 16th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Ramasamy Amas (Jempol ) / Foto: JKR

 BAHAU, 13  Mei (Malaysiaaktif ) – Susulan kejadian lubang benam (sinkhole) yang berlaku di persimpangan Jelai ke Rompin berhampiran persimpangan CIMA. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melakukan kerja-kerja baik pulih.

Namun demikian pada 14 Mei berlaku satu lagi kejadian yang sama  berhampiran lubang benam pertama.

Menurut jurutera JKR Jempol, Rosdi Abu Bakar, kerja-kerja baik pulih sedang dilakukan oleh kontaktor dan dalam tempoh dua minggu lagi laluan tersebut akan dibuka kepada pengguna untuk ke Rompin dari pekan Jelai.

Terdahuu, semasa berlaku kejadian tersebut, bekalan air, letrik dan talian telefon terputus di  kawasan Ladang Jeram, Rumah Rakyat Rompin serta Kampung Orang Asli Batu Peti dan usaha sedang dijalankan bagi membaiki keadaan.

Menurut Rosdi, kos kerja-kerja baik pulih yang pada mulanya memerlukan sebanyak RM900,000 kini dianggarkan meningkat kepada lebih RM2 juta.

 

-AAS
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda