Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Hadi Dakwa DAP Punya Agenda Burukkan Islam

By 28 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Zaid Awang (Selangor)

SUNGAI BESAR, 28 Mei (Malaysiaaktif) – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa DAP mempunyai agenda tersendiri dengan cuba memburukkan Islam apabila membantah rang undang-undang 355 yang dibentangkan di parlimen Khamis lalu.

“Mereka bimbang sekiranya rang undang-undang ini diluluskan akan mendapat respon yang positif daripada orang bukan Islam yang pasti menakutkan parti tersebut”, kata beliau dalam  sidang media selepas pengumuman calon di Markas Induk PAS Pilihanraya Kecil P.093 Sungai Besar, Simpang Lima semalam.

Menurut beliau, PAS  mengadakan dialog dengan DAP sejak 1993 apabila dibentangkan undang-undang Jenayah Negeri Kelantan (1993) kepada semua parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Pandangan mereka telah diambil kira sebelum undang-undang tersebut diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan mengikut konsep demokrasi.

Hadi turut menjelaskan bahawa rang undang-undang 355 bukan undang-undang Hudud tetapi menaik taraf Mahkamah Syariah yang melibatkan semua undang-undang dan bukan jenayah sahaja.

“Ia memberi manfaat kepada semua negeri di seluruh negara dan hak orang Islam untuk membetulkan asas Perlembagaan Persekutuan dan keputusan yang dibuat di Parlimen bukan kerana mahu berpakat bagi tujuan agenda politik PAS-Umno tetapi ia adalah tanggungjawab orang Islam”, jelas beliau lagi.

Tambah beliau, sepatutnya orang bukan Islam tidak campur tangan dalam urusan ini dan perlu difahami. Dalam hal ini beliau melihat MCA dan Gerakan lebih faham budaya pergaulan ini tetapi DAP sebaliknya malah sangat mendukacitakan.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda