Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Apa Kata Gen-Y Kupas Isu Generasi Muda

By 28 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan / Foto: M.Zakry Chan

MELAKA, 28 Mei (Malaysiaaktif) – Program Apa Kata Gen-Y yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka, Durian Tunggal di sini hari ini dihadiri lebih 3,000 pelajar.

Semasa merasmikan program tersebut, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Abu Bakar Mohamad Diah menasihati golongan Gen-Y supaya lebih berhati-hati dalam menilai sesuatu isu supaya tidak menjadi fitnah.

 

54642066-6a44-4dd1-a402-6a432d51f6d4

 

“Golongan Gen-Y harus dilihat sebagai aset penting yang akan membawa hala tuju negara masa akan datang, maka itu modal insan golongan muda harus dibentuk dan diambil perhatian supaya kemajuan negara dapat di teruskan,” ujarnya.

Program Apa Kata Gen-Y anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Melaka ini bertujuan mendengar serta memahami kehendak dan pandangan mereka. Gen-Y dijadikan golongan sasar kerana mereka dianggap agresif dan mudah terpengaruh dengan isu-isu negatif.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda