
Laporan/Foto: Sumardi Sugiman/ Jackson Abell (Sarawak)
BAU, 24 Mac (MalaysiaAktif) – Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Dato Henry Harry Jinep hadir memeriahkan dan menyantuni warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau di Surau Al Muqarrabin IPD berkenaan sempena Program Jom Bersungkei anjuran IPD Bau di sini.

Henry hadir memeriahkan dan menyantuni warga IPD Bau di Surau Al Muqarrabin IPD Bau sempena program berkenaan semalam.
Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh yang hadir sama memeriahkan program tahunan IPD berkenaan sempena bulan Ramadan.
Kehadiran Henry dan Miro di majlis tersebut disambut oleh Ketua Polis Daerah Bau, DSP Dr. Daram Ruer bersama pegawai dan anggotanya.
Dalam ucapannya Henry berkata, program tersebut boleh menjadi salah satu platform memperkukuh semangat kerja berpasukan dan merapatkan hubungan silaturahim dalam IPD Bau dan komuniti setempat.
“Ini merupakan satu program yang bagus kerana berupaya memberi impak positif kepada seluruh warga IPD Bau terutamanya memperkukuh semangat kerja berpasukan dan merapatkan hubungan silaturahin dalam IPD Bau dan komuniti setempat,” ujarnya semalam.
-RJ-