Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

MPM- Usah Dibelakangkan Punca Kuasa

By 25 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Hisham Shah (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Tindakan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian kali kedua diibaratkan sebagai melakukan sesuatu yang sia-sia.

Menurut Ketua Biro Undang-Undang dan Perlembagaan Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tan Sri Aziz Abdul Rahman, Parlimen tidak seharusnya membenarkan RUU Persendirian ini dibentangkan sama sekali.

“Ini sebenarnya tidak menjadi satu keperluan memandangkan cadangan pindaan itu tidak sah dan tidak berpelembagaan,” ujar beliau ketika mengadakan sidang media membantah tindakan Hadi Awang untuk meminda Akta 355 di sini siang tadi.

Akta 355 merupakan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 yang diluluskan oleh Parlimen mengikut Fasal 76A(1) Perlembagaan Persekutuan.

Ujar beliau lagi, “Parlimen tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 adalah tidak berpelembagaan.”

Aziz juga menyelar tindakan Hadi itu yang membelakangkan Tuanku Sultan apabila tidak merujuk tindakannya membentangkan RUU tanpa mendapat nasihat daripada Majlis Agama Islam Negeri terlebih dahulu.

“Seharusnya Tuan Guru merujuk terlebih dahulu dengan Majlis Agama kemudian mendapat pekenan daripada Tuanku Sultan barulah perkara ini boleh dibincangkan itupun sekiranya kesalahan yang ingin digubal tidak termaktub dalam undang-undang Persekutuan yang diamalkan sekarang,”

“Hadi dinasihatkan menarik balik RUU Persendirian tersebut dan Dewan Rakyat hendaklah tidak membenarkan RUU tersebut dibentangkan.” Ulas beliau lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda