Laporan/Foto: Azmi Abd Rahman
PASIR PUTEH, 24 Julai (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Pasir Puteh, menganjurkan majlis Pejabat Terbuka (Aidilfitri) bersama pelanggan, komuniti 1Malaysia (K1M), jabatan kerajaan dan masyarakat sekitar pada Jumaat lepas.
Majlis yang berlangsung dari pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang itu disertai oleh lebih 200 orang jemputan terdiri daripada ahli-ahli K1M, masyarakat sekitar serta agensi dan jabatan kerajaan.
Pengerusi Permuafakatan K1M Pasir Puteh, Haji Sahadan Abdul Hamid, 52, menyarankan agar program ini dikembangkan pada skala yang lebih besar dengan pembabitan lebih ramai lagi supaya sambutan Aidilfitri sebegini menjadi lebih meriah.
Anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Pair Puteh, Amaluddin Yusof, 44, berpendapat sambutan Aidilfitri berkonsepkan Pejabat Terbuka wajar dikekalkan kerana ia pendekatan baik dalam usaha memupuk hubungan jabatan kerajaan dengan masyarakat.