Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Larian Hero Info D’Sawah 2025 Meriah

By 7 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida Md Nor Aidi

JEMPOL, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Program Larian Hero Info D’Sawah 2025 berjaya menarik penyertaan lebih kurang 600 orang peserta dari pelbagai peringkat umur, sekali gus menjadikannya antara acara komuniti terbesar bagi tahun ini.

Penyampaian sijil kepada jabatan dan agensi yang terlibat.

Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong Datuk Mustapha Nagoor berlangsung dengan penuh meriah di Perkarangan Pusat Komuniti Desa, Kampung Serting Ilir, di sini kelmarin.

Mustapha yang juga ADUN Angkat DUN Serting, berbangga terhadap semangat kesukanan dan sokongan padu masyarakat terhadap aktiviti sihat seperti larian tersebut.

Peserta diberikan Jalur Gemilang dan risalah maklumat semasa tempat pemeriksaan pertama.

“Program seperti ini bukan sahaja menyemarakkan gaya hidup sihat, malah mengeratkan hubungan komuniti dan memperkasakan peranan pusat komuniti desa dalam pembangunan sosial rakyat,” ujarnya.

Program yang mengetengahkan elemen kenegaraan dan informasi komuniti melalui aktiviti sampingan seperti pameran agensi kerajaan, gerai jualan usahawan tempatan diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada jabatan dan agensi yang terlibat serta cabutan bertuah yang menambahkan lagi keterujaan para peserta dan pengunjung.

-FN-

Tinggalkan komen anda