Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Kejohanan Futsal Terbuka Bahagian Limbang Platform Cungkil Bakat Belia

By 53 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman (Limbang)

LIMBANG, 7 Jun (MalaysiaAktif) – Kejohanan Futsal Terbuka Bahagian Limbang 2026 di Stadium Tertutup Limbang semalam berjaya menghimpunkan 30 pasukan dari Limbang, Lawas, Labuan, Brunei Darussalam bagi mencungkil bakat belia.

Kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Bahagian Limbang (PBBL) itu melibatkan penyertaan 16 pasukan lelaki, sembilan pasukan wanita, lima pasukan kategori bawah 14 tahun.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail merasmikan kejohanan tersebut.

Pengerusi PBBL, Abdul Rahman berkata kejohanan berkenaan berperanan sebagai medium mengembangkan bakat pemain futsal tempatan ke peringkat lebih tinggi.

“Menerusi kejohanan ini kita dapat membudayakan amalan bersukan, kecergasan fizikal bagi mengelak masalah kesihatan dalam kalangan generasi muda selain membina semangat berpasukan,” katanya.

“Program tahunan anjuran PBBL ini bertujuan menyediakan platform kepada para pemain futsal mempamerkan bakat, kebolehan mereka,” katanya lagi ketika ditemui di stadium berkenaan, di sini semalam.

Menurut Abdul Rahman, penyertaan aktif dalam sukan turut membantu golongan belia mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah serta menjauhkan mereka daripada gejala sosial.

-RJ-

Tinggalkan komen anda