Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Kastam Johor Tahan Kontena Bawa 9.32 Juta Batang Rokok

By 4 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamilah Yusman/Mohd Zahid Othman (Johor)

JOHOR BAHRU, 10 Jun (MalaysiaAktif) – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menahan sebuah kontena berisi 9.32 juta batang rokok putih dianggarkan bernilai RM2.14 juta, di Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini 18 Mei lepas.

Pengarahnya Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata kesemua rokok putih itu didapati telah diikrarkan sebagai perabot dalam sistem maklumat kastam bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Pemeriksaan ke atas kontena berukuran 40 kaki di sebuah gudang itu dijalankan bersama wakil syarikat penghantaran dan menemukan rokok putih pelbagai jenama yang disyaki tidak berkastam.

“Anggaran duti dan cukai yang terlibat adalah RM6.36 juta. Keseluruhan nilai rampasan termasuk duti dan cukai dianggarkan berjumlah RM8.51 juta,” katanya pada sidang media di Menara Kastam Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi yang digunakan adalah dengan membuat pengikraran tidak benar ke atas dagangan bagi tujuan menyeludup rokok tak berkastam.

“Semakan awal mendapati kontena berkenaan diikrarkan melalui Borang Kastam No. 6, Manifest Transhipment sebagai membawa Base Paper Reels dan dipercayai dalam perjalanan dari Vietnam ke United Kingdom.

“Usaha mengesan sindiket yang terlibat serta pemilik premis gudang berkenaan sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 133 (1) (a) Akta Kastam 1967 iaitu membuat perakuan tidak benar.

-FN

Tinggalkan komen anda