Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Tradisi Ngabang Gawai Perlu Dipelihara Agar Tidak Pupus

By 51 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun/Tarmizi Karnain (Mukah)

MUKAH, 12 Jun (MalaysiaAktif) – Tradisi Ngabang Gawai yang menjadi sebahagian identiti masyarakat Iban perlu terus dipelihara agar tidak pupus ditelan arus pembangunan dan perubahan zaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi berkata adat, bahasa dan budaya yang menjadi tunjang kepada tradisi tersebut merupakan warisan berharga yang perlu dipertahankan serta diwariskan kepada generasi muda.

Menurut beliau, Ngabang Gawai bukan sekadar amalan kunjung-mengunjung sempena perayaan, malah mempunyai nilai besar dari aspek agama, budaya dan adat resam masyarakat Iban.

“Tradisi yang diwarisi turun-temurun ini mencerminkan nilai saling menghormati, bekerjasama dan menerima kepelbagaian budaya sebagai kekuatan yang menyatukan masyarakat,” katanya ketika menghadiri Majlis Ngabang Gawai 2026 sebagai Tuai Pengabang di Rumah Panjang Dunstan Bee, Sungai Bayan Ulu, dekat sini, semalam.

Abdul Yakub berkata dalam arus pembangunan yang pesat, elemen adat, bahasa dan budaya yang menjadi asas kepada tradisi Ngabang Gawai perlu terus dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman.

Beliau berkata tradisi tersebut turut menjadi simbol penting dalam mengekalkan identiti masyarakat Iban selain memperkukuh hubungan persaudaraan dalam komuniti setempat.

“Dengan kata lain, Ngabang Gawai amat bermakna dalam memperkukuh serta mengeratkan lagi tali persaudaraan dalam masyarakat berbilang kaum di Daerah Mukah dan juga Balingian,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru generasi muda agar terus menghargai serta memelihara warisan budaya yang menjadi kebanggaan masyarakat Sarawak supaya dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

-RJ-

Tinggalkan komen anda