Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Medan Selera Matu Perkasa Usahawan Tempatan, Rancakkan Ekonomi Setempat

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ejam Hasnezam/Nurhayati Abdul Halim (Matu)

MATU, 12 Jun (MalaysiaAktif) – Medan Selera Matu memainkan peranan penting sebagai platform memperkasa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat menerusi pelbagai perniagaan makanan dan minuman.

Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi berkata kemudahan tersebut bukan sekadar menjadi lokasi menjamu selera, malah menjadi medan kepada usahawan tempatan untuk menjana pendapatan dan membangunkan perniagaan masing-masing.

“Pelbagai hidangan yang ditawarkan peniaga tempatan berjaya memenuhi citarasa pelanggan, antaranya Nasi Ayam Gepuk, Bakso Kak Mira, Nasi Briyani, Raid’s Takoyaki serta pelbagai pilihan jus segar,” katanya ketika ditemu bual Malaysia Aktif di Medan Selera Matu, di sini semalam.

Beliau berkata, usahawan tempatan turut berjaya menawarkan hidangan yang berkualiti serta memenuhi citarasa pelanggan.

Ahmad Johnie menegaskan bahawa sokongan berterusan masyarakat terhadap perniagaan tempatan amat penting bagi memastikan kelangsungan operasi usahawan serta pertumbuhan ekonomi daerah.

“Kelestarian perniagaan ini amat bergantung kepada sokongan berterusan daripada masyarakat kerana apabila penduduk setempat dan pengunjung luar memilih untuk berbelanja di sini, ia bukan sahaja membantu meningkatkan pendapatan individu usahawan, malah secara tidak langsung merancakkan lagi aktiviti ekonomi secara menyeluruh,” katanya.

Tambah beliau, kitaran ekonomi yang sihat akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada komuniti setempat pada masa hadapan.

“Di sebalik setiap perniagaan tempatan, tersimpan kisah usaha, pengorbanan dan impian para usahawan,” katanya.

 Langkah memilih produk dan perkhidmatan tempatan bukan sahaja membantu meningkatkan ekonomi setempat malah turut menghargai hasil titik peluh peniaga.

Kewujudan Medan Selera Matu dilihat sebagai antara pemangkin penting pembangunan ekonomi komuniti dengan menyediakan ruang perniagaan yang mampu meningkatkan taraf hidup usahawan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda