Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

510 Ahli Pandu Puteri Tunas Sertai Tunas Fun Camp Peringkat Negeri Pahang 2026

By 1 minute yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Emran Ismail (Lipis)

KUALA LIPIS, 13 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 510 ahli dan pemimpin Pandu Puteri Tunas dari seluruh negeri Pahang menyertai Perkhemahan Pandu Puteri Tunas Tunas Fun Camp Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 2026 yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.

Program selama tiga hari dua malam bermula 10 Jun itu menghimpunkan ahli Pergerakan Pandu Puteri Tunas berusia antara 10 hingga 12 tahun dari seluruh daerah di negeri ini.

Majlis perasmian penutupan perkhemahan berkenaan telah diadakan semalam dan disempurnakan oleh Datin Sri Diraja Dato’ Burhah Mohammed, selaku wakil rasmi kepada Tengku Ampuan Pahang.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan program berkenaan dengan jayanya.

“Tahniah kepada semua peserta. Pada saya, penganjuran perkhemahan seumpama ini berupaya menjadi platform penting dalam membentuk jati diri, memupuk nilai kepimpinan dan mengukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan ahli Pandu Puteri Tunas sejak usia muda,” katanya.

Menurut beliau, program tersebut turut memberi pendedahan kepada peserta menerusi pelbagai aktiviti berteraskan pembelajaran luar bilik darjah, selain membantu meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta daya tahan mental dan fizikal.

Penganjuran Tunas Fun Camp 2026 berjaya mencapai objektifnya dalam membentuk pengalaman bermakna kepada peserta, di samping mengeratkan hubungan antara ahli Pandu Puteri Tunas dari seluruh negeri Pahang sebelum mereka kembali ke daerah masing-masing.

-AA-

Tinggalkan komen anda