Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Sumbangan RM10,000 Perkasa Kepimpinan Wanita Mukah Anglican Centre

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun/Ambrose Wennanddo (Mukah)

MUKAH, 14 Jun (MalaysiaAktif) – Usaha memperkasa kepimpinan wanita serta memperluas aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di Mukah Anglican Centre menerima suntikan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine mengumumkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Women Fellowship (WF) Mukah Anglican Centre, semalam.

Sumbangan tersebut diumumkan sempena majlis pelancaran rasmi Women Fellowship yang diadakan di Mukah Anglican Centre dan disertai program pengumpulan dana bagi menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti pada masa hadapan.

Royston berkata, sumbangan itu diharap dapat membantu persekutuan berkenaan merancang serta melaksanakan program yang memberi manfaat kepada ahli gereja dan masyarakat setempat.

“Penubuhan Women Fellowship bukan sekadar mewujudkan sebuah organisasi baharu, malah membuka ruang kepada wanita untuk berkhidmat, memberi inspirasi dan menyumbang secara aktif kepada masyarakat.

“Women Fellowship mempunyai potensi besar untuk menjadi sumber kekuatan dan dorongan kepada masyarakat, selain memupuk pertumbuhan rohani, memperluaskan khidmat masyarakat, memperkukuh institusi keluarga dan melaksanakan pelbagai program kebajikan pada masa hadapan,” katanya ketika merasmikan majlis berkenaan.

Menurut beliau, wanita sentiasa memainkan peranan penting dalam membentuk keluarga yang kukuh dan masyarakat yang berdaya tahan melalui sifat belas kasihan, kebijaksanaan, ketabahan dan kepimpinan yang berteraskan semangat melayani.

Majlis pelancaran Women Fellowship tersebut dilihat sebagai langkah ke arah memperkukuh penglibatan wanita dalam pelbagai aktiviti pembangunan komuniti, kebajikan dan kepimpinan di Mukah Anglican Centre.

-RJ-

Tinggalkan komen anda