
Laporan/foto: Shahiran Jamiludin (Muallim)/Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
BEHRANG, 25 Jun (MalaysiaAktif) – Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) melakar sejarah apabila merekodkan kemasukan 1,213 pelajar baharu bagi Sesi I: 2026/2027 iaitu jumlah tertinggi sejak penubuhannya.
Pengarah PSAS Razali Johari berkata lonjakan itu membuktikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini menjadi pilihan utama generasi muda dan bukan lagi pilihan kedua.
“Pelajar hadir bukan sekadar untuk mengejar diploma, tetapi untuk membina karakter, kemahiran dan sahsiah sebagai modal insan berkualiti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penutupan Minggu Transformasi Siswa (MTS) di kampus PSAS, di sini semalam.
Melalui tema “Melakar Potensi, Mencipta Legasi”, PSAS terus komited untuk melahirkan graduan TVET yang kompeten, berintegriti dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri negara.
-FN




