
Laporan/foto: Syamilah Yusman (Johor)/Facebook JPJ Johor
SEGAMAT, 26 Jun (MalaysiaAktif) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menerusi JPJ Negeri Johor mengedarkan sebanyak 200 unit topi keledar baharu kepada penduduk setempat sempena Program Pertukaran Topi Keledar.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata penduduk berpeluang menukar topi keledar lama atau yang tidak lagi memenuhi spesifikasi serta piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh SIRIM dengan topi keledar baharu.
“Inisiatif itu merupakan usaha Kementerian Pengangkutan dan JPJ bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penggunaan topi keledar yang berkualiti dan mematuhi piawaian keselamatan, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan serius dalam kemalangan jalan raya,” katanya
Beliau berkata demikian sempena Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Perbadanan Aset Keretapi (RAC) bertempat di Kampung Baru Jementah, di sini semalam.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah RAC Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan, Pengurus Kanan Hartanah RAC Mohd Ghazali Aman dan Pengarah JPJ Negeri Johor Zulkarnain Yasin.
-FN




